Rabu, 22 Julai 2009

Sejarah Sekolah

Kebangsaan Taman Inderawasih (SKTI) ini mula dibina pada 15 Julai 1993 dan siap dibina pada 14 Disember 1994. Sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan dan setiap blok mengandungi 4 tingkat. Terdapat sebuah padang yang luas dikongsi bersama Sekolah Menengah Taman Inderawasih.

SKTI terletak di Tingkat Kikik 2, Taman Inderawasih Perai, lebih kurang 2 km dari pekan Perai , 4 km dari Butterworth dan 11 km dari Bukit Mertajam.

SKTI mula dibuka pada 1 Mei 1995. Seramai 11 orang guru ditempatkan di sekolah ini. Guru besar yang pertama ialah En. Tahir bin Hashim.

Sesi persekolahan dibuka untuk murid-murid pada 13 Mac 1995. Murid-murid dari sekolah-sekolah berdekatan seperti SK Khir Johari, SK St Mark Perai, SK seberang Jaya, SK Convent Butterworth, SK Sungai Nyior dan SK St Mark Butterworth telah ditawarkan belajar di sekolah ini melalui Pejabat Pendidikan Daerah Utara/Tengah. Jumlah Murid seramai 161 orang terdiri daripada 82 Melayu, 35 Cina , 40 India dan 4 lain-lain bangsa. Jumlah kelas yang mula dibuka adalah sebanyak 6 kelas iaitu 2 kelas tahun 1, 2 kelas tahun 2 dan 2 kelas tahun 3 .