Rabu, 29 Julai 2009

Detik Bersejarah Negara




Detik Kemerdekaan

Di Tanah Melayu rakyat mendapat berita kemerdekaan itu dengan rasa syukur dan terharu. Setelah dijajah oleh British sekian lama dan menempuh pelbagai rintangan, akhirnya kebebasan yang diimpikan akan tercapai. Sambutan untuk Tunku Abdul Rahman dan rombongannya diatur di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. Pada 20 Febuari 1956, Tunku dan rombongannya diarak hingga ke Padang Pahlawan dan Tunku mengistiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dihadapan puluhan ribu rakyat. Sejak hari itu, persediaan dilakukan untuk menyambut hari yang bersejarah oleh seluruh rakyat Tanah Melayu.

Antaranya adalah pembinaan Stadium Merdeka yang akan menjadi tempat bersejarah untuk mengistiharkan kemerdekaan nanti.

 Saat yang dinantikan bermula pada tengah malam memasuki 31 Ogos 1957 dimana bendera Union Jack diturunkan dengan diiringi lagu "God Save The Queen" buat kali terakhir di Tanah Melayu. Perasaan gembira dan terharu di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur itu amat dirasakan dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Penurunan bendera ini menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu sejak Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786.

Bendera Union Jack yang diturunkan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan rasa penuh bangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan