Isnin, 9 November 2009
Selasa, 3 November 2009
Isnin, 26 Oktober 2009
Sekitar majlis Perpisahan Puan Peng
Isnin, 19 Oktober 2009
pengucapan berkesan

• Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.
• Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan
dengan orang ramai.
• Anggap khalayak sebagai rakan anda dan angan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.
• Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.
• Datang lebih awal ketempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati hadirin anda dan berbual
dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mila berucap.
• Jalin hubungan mata dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda atau mengangguk kerana dengan cara itu anda
tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.
• Yakinkan diri anda akan berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu
mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.
• Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan
gementar serta tertekan.
• Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.
• Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.
• Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik,
maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding khalayak.
• Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah
berlatih.
• Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Ambil beberapa langkah untuk bertenang seperti mandi, berenang dan mendengar
muzik.
• Buat permulaan berdiri di belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan gementar tetapi kawal bahasa badan anda dengan
tidak berpegang kepada rostrum berkenaan.
• Berjalan di tengah khalayak ramai apabila sudah mendapat keyakinan. Dengan cara ini anda sebenarnya sudah menjalin hubungan dengan
mereka.
• Ketahui khalayak anda sebelum tutun ke gelanggang kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan
sebagainya.
• Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya.
• Jangan beritahu khalayak mengenai ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.
• Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan.
• Lakukan senaman kecil seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan sampai ia kelihatan ketara di mata hadirin.
• Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.
• Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti apa khalayak memikirkan mengenai anda.
• Awasi cara anda duduk kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan.
• Minum air kosong untuk membasahkan tekak.
• Bercakap dengan perlahan kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan
selain memburukkan keadaan.
AHAD, 2009 OKTOBER 18
MOTIVASI DAN ANDA
Pengenalan

Kefasihan berucap merupakan satu faktor yang penting kepada seorang yang ingin bergelar sebagai pemimpin. Sudah menjadi suatu normal apabila dikaitkan dengan seorang pemimpin, maka biasanya ia dikaitkan dengan kebolehan berucap di khalayak ramai. Kita biasa memberikan reaksi yang negatif apabila mendengar ucapan yang tergagap-gagap,tersekat-sekat atau begitu lama hilang idea ketika berucap. Justeru itu kita dapati pengacara,juruhebah,pemidato malah penjual ubat di kaki-kaki lima yang begitu fasih, lancar dan cekap menggunakan bahasa boleh menarik perhatian kita. Kemahiran berucap atau kefasihanbercakap kebanyakkannya bersifat semula jadi. Walau bagaimanapun kefasihan atau kecekapan bercakap boleh diperoleh dengan cara sentiasa berlatih. Situasi ini boleh didapati di intitusi pendidikan menengah,tinggi seperti pidato,bersyarah,berbahas dan lain-lain. Sekiranya kurang latihan, meskipun berilmu pengetahuan tinggi mereka tidak boleh bercakap dngan fasih tetapi ramai orang yang kurang ilmu boleh bercakap dengan fasih dan cemerlang. Alangkah baiknya kalau keadaan ini dapat dikombinasikan dengan baik untuk melahirkan pengucapan yang cemerlang. Sesungguhnya kemahiran berucap merupakan satu seni yang perlukan kemahiran dan kebolehan tertentu untuk menjadikan pengucapan awam yang terbaik.
TAKUT BERUCAP IALAH PERKARA NORMAL DAN BIASA KALAU TIDAK TAKUT BANYAK, ADA YANG SEDERHANA DAN SEDIKIT DAN HANYA KITA YANG TAHU TENTANG KETAKUTAN ITU.
KAEDAH KAWAL GEJALA FOBIA MIKROFON
1.BERSEDIA DAN BERLATIH SECUKUPNYA
- sediakan bahan mencukupi dan sebaiknya hafal bahagian penting ucapan kita itu
- berlatih buat ucapan dimulut bukan di kepala
2. CARI PENGALAMAN
- cari pengalaman berucap di mana saja dan di depan siapa saja untuk dapatkan rasa keyakinan
- dengan pengalaman semakin lama semakin berani kita berada di depan
3. BAYANGKAN YANG BENAR
- BAYANGKAN HARAPAN AUDIEN TIDAKLAH TERLALU TINGGI KEPADA KITA
- Audien boleh menerima kekurangan kita kerna mereka tahu kita bukan pemidato nombor satu
4. BERGERAK GERAK DAN TARIK NAFAS
- Kajian menunjukkan rasa takut menurun bila kita bergerak-gerak semaa berucap sama ada guna alat bantuan seperti papan tulis, ohp.
- Tarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dari kerusi dan berjalan ke mikrofon
- Kalau masih gemuruh ketika berucap tarik nafas panjang sebelum sambung ayat seterusnya
5. PETUA AGAMA
-GUNAKAN AYAT-AYAT TERTENTU ATAU DOA YANG BOLEH DAMALKAN BAGI MENGURANGKAN
RASA GEMURUH/BACA BISMILLAH/SELAWAT
6. TIPS SEBELUM BERUCAP DAN BERADA DI DEPAN MIKROFON
6.1 TUNJUKKAN MINAT DAN RASA SERONOK HADIR DALAM MAJLIS ITU
6.2 JANGAN DUDUK DALAM KEADAAN RESAH GELISAH DAN TUNJUKKAN MUKA LETIH,TERGESA-GESA ATAU TIDAK TENANG
6.3 SEMASA BANGUN DAN BERJALAN MENUJU MIKROFON
HENDAKLAH BERJALAN DENGAN BADAN TEGAK, BERGAYA
DAN BERTENAGA
6.4 BERDIRI SEBENTAR DI DEPAN MIKROFON JANGAN TERUS BERCAKAP.
PANDANG WAJAH-WAJAH AUDIEN SEKETIKA KEMUDIAN BARU MULA BERCAKAP.
6.5 SELEPAS AKHIRI UCAPAN JANGAN TERUS TINGGALKAN
MIKROFON DAN BALIK KE TEMPAT DUDUK PANDANG WAJAH
HADIRIN DAN TUNGGU SAMPAI MEREKA BERHENTI
BERTEPUK BARU BALIK KE TEMPAT DUDUK
6.6 UCAPKAN TERIMA KASIH DAN TUNDUK SEDIKIT KEPALA
ANDA
Selasa, 6 Oktober 2009
Khas Untuk semua Guru
Rabu, 29 Julai 2009
Detik Bersejarah Negara


Detik Kemerdekaan
Di Tanah Melayu rakyat mendapat berita kemerdekaan itu dengan rasa syukur dan terharu. Setelah dijajah oleh British sekian lama dan menempuh pelbagai rintangan, akhirnya kebebasan yang diimpikan akan tercapai. Sambutan untuk Tunku Abdul Rahman dan rombongannya diatur di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. Pada 20 Febuari 1956, Tunku dan rombongannya diarak hingga ke Padang Pahlawan dan Tunku mengistiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dihadapan puluhan ribu rakyat. Sejak hari itu, persediaan dilakukan untuk menyambut hari yang bersejarah oleh seluruh rakyat Tanah Melayu.
Antaranya adalah pembinaan Stadium Merdeka yang akan menjadi tempat bersejarah untuk mengistiharkan kemerdekaan nanti.
Saat yang dinantikan bermula pada tengah malam memasuki 31 Ogos 1957 dimana bendera Union Jack diturunkan dengan diiringi lagu "God Save The Queen" buat kali terakhir di Tanah Melayu. Perasaan gembira dan terharu di Padang Kelab Selangor,
Penurunan bendera ini menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu sejak Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Pulau
Bendera Union Jack yang diturunkan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan rasa penuh bangga.
Isnin, 27 Julai 2009
Kepada peminat basikal.
Basikal Lipat Lebih PraktikalSelasa, 28 Julai 2009
Keistimewaan basikal ini bukan sahaja ia boleh dilipat, malah si pengayuh juga tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengayuh walaupun di kawasan berbukit.
Basikal ini dikeluarkan oleh beberapa buah syarikat di Jepun seperti Bridgeston, Miyata, Asahi dan Shamrock. Ia didatangkan dalam pelbagai saiz yang dapat dilihat pada tayar basikal tersebut iaitu saiz 16, 20, 24, 26 dan 27.
Selain itu, keistimewaan basikal ini juga dapat dilihat pada gear kelajuannya yang akan berubah secara automatik mengikut kesesuaian kawasan yang ditunggang. Ada juga basikal yang mempunyai alat pengesan yang mampu menyalakan lampu dengan sendirinya apabila menjelang waktu malam.
Terdapat juga basikal yang tidak perlu dikayuh kerana ia menggunakan bateri yang mampu menggerakkan basikal tersebut.
"Walaupun ia hanya basikal terpakai tetapi permintaannya lebih tinggi berbanding dengan basikal lain yang dijual di sini.
"Basikal ini boleh ditunggang oleh semua peringkat umur dan memang sesuai untuk aktiviti seisi keluarga yang gemar menunggang basikal pada masa lapang," ujarnya.
![]() |
MUDAH dilipat untuk dimuatkan ke dalam kereta. |
Tambah Ahmad Nizam, harga basikal tersebut bermula dari RM150 bergantung pada jenis dan fungsinya.
